Tamadun berasal dari perkataan Arab
maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang
mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat
diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju
Islam adalah agama universal yang datang
dari Allah SWT untuk semua manusia. Ia memberi sinar kepada manusia dalam
mencorakkan tamadun ke arah kesempurnaan berdasarkan panduan wahyu Ilahi, di
samping tidak mengetepikan peranan akal manusia. Sinar Islam turut dirasai oleh
penduduk di rantau Alam Melayu apabila bermula usaha menyebarkan Islam. Usaha
ini membuahkan hasil yang dapat disaksikan hingga hari ini kerana tugas
penyebaran Islam dipertanggungjawabkan kepada setiap umat Islam, tanpa mengira
bangsa, warna kulit, keturunan dan jawatan. Justeru itu, kini umat Islam berada
di serata dunia dan terdiri dari pelbagai bangsa dan warna kulit.
Keberadaan Islam di rantau Alam Melayu yang
terdiri dari daratan dan kepulauan yang banyak jumlahnya telah berjaya membina
satu imej baru kepada masyarakat rantau Melayu. Alam Melayu berjaya menampilkan
sebuah tamadun yang gemilang terutama setelah kedatangan Islam ke rantau ini.
Umat Melayu berjaya membina kecemerlangan dan kegemilangan dalam pelbagai
bidang yang dimulai dengan keagungan pemerintahan, pelaksanaan undang-undang,
kesungguhan pendidikan, kerancakan ekonomi dan kemurnian budaya serta sosial.
Kejayaan ini berjaya dibina oleh generasi awal berasaskan fahaman agama Islam
yang berteras tauhid. Bukti kejayaan tamadun dihuraikan pada perincian bab ini.
Walaupun kejayaan yang dibina berdasarkan pencapaian dan kepintaran zaman
tersebut yang banyak bergantung kepada bahan alam yang tidak terlalu kompleks
teknologi penciptaannya, masyarakat Melayu tetap bergerak aktif dan mampu
berinteraksi dan bersaing dengan bangsa Asia lain seperti bangsa Cina dan
India. Umat Melayu mampu membina satu jati diri bangsa yang disegani dan
menjadi contoh teladan
Pada asalnya, tamadun Melayu boleh dijejaki
sejak zaman Paleolitk lagi iaitu Zaman Batu Awal kira-kira 35,000 tahun dahulu,
diikuti dengan zaman Meseolitik ataupun zaman Batu Tengah kira-kira 11,000
tahun dahulu, Zaman Neolitik ataupun zaman Batu Baru kira-kira 5,000 tahun
dahulu, dan Zaman Logam iaitu Zaman Gangsa-Besi kira-kira 2,500 tahun dahulu
Pada asalnya, tamadun Melayu boleh dijejaki
sejak zaman Paleolitk lagi iaitu Zaman Batu Awal kira-kira 35,000 tahun dahulu,
diikuti dengan zaman Meseolitik ataupun zaman Batu Tengah kira-kira 11,000
tahun dahulu, Zaman Neolitik ataupun zaman Batu Baru kira-kira 5,000 tahun
dahulu, dan Zaman Logam iaitu Zaman Gangsa-Besi kira-kira 2,500 tahun dahulu.
Tamadun Melayu telah mengalami proses
perkembangan yang lama dan melalui beberapa manifestasi yang berbeza.
Manifestasi ini penting dalam pembentukan Tamadun Melayu. Penerimaan agama
Islam sebagai asas Tamadun Melayu merupakan perkembangan yang paling penting
dan membentuk sebuah Tamadun Melayu Islam yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Tamadun Melayu terdiri daripada sekelompok manusia yang secara luasnya
digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu kepada suatu Wilayah di
Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan
Melayu(Malay Archipelago), Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam
Melayu dan Tanah Jawi. Dua perkara penting yang mewarnai Tamadun wilayah ini
ialah Bahasa Melayu yang menjadi bahasa perhubungan luas(Ligua franca) di
seluruh kawasan ini, dan agama Islam yang menjadi pelengkap kepada pembentukan
Tamadun Melayu.
Istilah Melayu boleh merujuk kepada tiga
perkara yang berbeza, iaitu ras(genetik), kebudayaan dan bahasa. Istilah ras
Melayu merujuk kepada kumpulan orang Melayu yang boleh diasingkan daripada
kumpulan lain dari segi ciri-ciri fizikal luaran dan kebudayaannya. Kebudayaan
pula merujuk kepada ilmu pengetahuan sesuatu kumpulan manusia yang diwarisi dan
diturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Ilmu
pengetahuan ini berfungsi seolah-olah seperti satu sistem pengoperasian manusia
oleh sebab ianya memberitahu manusia bagaimana untuk berfungsi dengan manusia
lain, alam sekitar dan kuasa-kuasa ghaib. Bahasa adalah sistem percakapan yang
digunakan untuk berhubung dengan penutur-penutur bahasa yang sama. Ras
Melayu(atau rumpun Melayu) selalunya bertutur dalam kumpulan keluarga bahasa
Melayu-Indonesia yang mengelompokkan bersama-samanya sub-keluarga bahasa-bahasa
Melayu, Jawa Melayu, Sunda, Madura, Acheh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban,
Bajau, Murut, Bugis, dan Sulu.
Sains, kesenian dan teknologi yang
dihasikan oleh Tamadun Melayu adalah sesuatu yang unik dan mencerminkan keperluan-keperluan serta
nilai-nilai kebudayaan Melayu. Tamadun Melayu menghasilkan satu sistem sains
tepat yang tersendiri berdasarkan kepada keperluan-keperluan kebudayaan Melayu.
Sebagai contohnya pengukuran jarak(seperti sejengkal, sedepar, hastar dan
rantai) dan timbangan(seperti cupak, gantang, dan koyan)adalah berbeza daripada
sistem-sistem penekatan lain dan berkaitan rapat dengan keperluan serta
pengalaman masyarakat Melayu. Pelbagai bentuk kesenian telah dihasilkan dalam
Tamadun Melayu, seperti seni persembahan(Tarian Melayu dan Mak Yong),
artifak(songket dan bursana), Syair perbahasa dan pantun. Ilmu-ilmu teknologi
yang dihasilkan oleh Tamadun Melayu menunjukkan kebijaksanaan tempatan.
Sebahagian daripada ilmu-ilmu ini boleh dilihat daripada pembinaan(Istana,
Masjid, dan rumah) dan pembuatan barang-barang keperluan harian(seperti keris
dan songket).
Secara umumnya nilai-nilai yang menjadi
asas kepada Tamadun Melayu berteraskan kepada nilai-nilai agama Islam. Kesemua
nilai-nilai tersebut berkait rapat dengan konsep Iman yang terdapat dalam agama
Islam seperti saling hormat-menghormati orang lain, bertimbang rasa, bersopan
santun, dan berbudi pekerti. Nilai-nilai asa ini boleh dilihat dalam
ungkapan-ungkapan Melayu seperti peribahasa, perumpamaan dan perpatah-perpatih.
No comments:
Post a Comment