Our Group

Maizan Binti Abdul Ghafar - 121240732
Muharatul Aishah Binti Mat Shafie - 121241354
Noor Farah Izzatie Binti Zainal Azizi - 121241475
Noor Ameera Hanim Binti Mohamad Saufi - 121241466
Nor Hafisha Binti Ab Halim - 121241539
Mohamad Hanafi Bin Zasmin - 121240816
Nur Fatin Binti Majid - 121241729
Siti Nur Ain Binti Mohd Zain @ Hamzah - 121242244
Siti Nor Aishah Binti Mohd Shamsuri - 121242234
Siti Aishah Binti Abdul Manan - 121242181

Thursday, 25 April 2013

TAMADUN MESOPOTAMIA

Tamadun Mesopotamia diasaskan oleh orang Sumeria sekitar tahun 3500 SM hingga 2000 SM di lembah Sungai Tigris dan Euphrates (di negara Iraq sekarang). Tamadun ini merupakan tamadun tertua di dunia dan juga dikenali sebagai Tamadun Simeria. Nama Mesopotamia  berasal dari perkataan Yunani yang membawa maksud tanah di antara dua sungai.


Jangka Waktu

Bermula dengan perkembangan zaman Neolitik antara tahun 7000-5000 S.M. Wilayah Mesopotamia berkembang menjadi sebuah tamadun awal dunia. Kerajaan awalnya ialah kerajaan Sumeria sekitar tahun 3500 S.M. Manakala kerajaan yang terakhirnya ialah kerajaan Chaldea, tumbang pada tahun 539 S.M.

Tamadun Mesopotamia merangkumi tujuh zaman pemerintahan yang silih berganti iaitu:



Proses Pembentukan

Tamadun Mesopotamia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu utara dan selatan bandar Baghdad. Bahagian utara Baghdad merangkumi kawasan Sungai Tigris sehingga ke kawasan Sungai Zab (Assyria). Bahagian selatan Baghdad pula merangkumi kawasan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Juga dikenali sebagai kawasan Babylon.Babylon pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu Akkad di utara dan Sumeria di selatan.  Penduduk menjalankan kegiatan pertanian seperti menebus guna tanah dan membina sistem pengairan bagi memastikan kegiatan pertanian mereka mendapat pengairan yang baik. Usaha ini berjaya menghasilkan lebihan hasil pertanian dan menyebabkan pertambahan penduduk. Lama kelamaan kawasan ini berkembang dan mewujudkan  kewujudan bandar  dan seterusnya menjadi kota seperti Ur, Uruk, Kish, Nippur, Lagash, Eridu, Mari dan Ussur yang terletak di sepanjang sungai dan terusan. 


Ciri- ciri Tamadun Mesopotamia


Tamadun Mesopotamia memiliki pembangunan fizikal yang tersendiri. Setiap negara kota mempunyai pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan. Ia juga memiliki kubu atau tembok pertahanan dengan pintu gerbang yang pelbagai. Kepelbagaian ini melambangkan kemahsyuran dan keagungan negara kota tersebut.
Dalam kota pula terdapat istana, rumah kediaman rakyat, rumah kedai, rumah ibadat, dan pasar. Kesemuanya berkedudukan sejajar dan lurus. Di pusat kota ini juga terdapat rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat pada setiap masa. Setiap negara kota juga mempunyai unit politik dan sistem kepercayaan yang tersendiri. Ia juga memiliki sistem pengangkutan seperti kapal, pedati dan keldai. Di sekitar kota mempunyai mempunyai kawasan tanah pamah bagi memudahkan kegiatan pertanian. Manakala jalan laut berhubung terus ke pelabuhan.


 TAMAN TERGANTUNG BABYLON





UKIRAN BESI RAJA NARAMSIN
Masyarakat Mesopotamia terbahagi kepada 3 kelas. Kelas yang tertinggi dikenali sebagai amelu atau kanun bangsawan. Kelas kedua ialah mushkinu (kelas pertengahan) dan yang di bawah sekali ialah hamba abdi. Kelas atasan terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, golongan agama (pendeta, paderi atau rahib) dan tentera. Golongan yang paling berkuasa dalam tamadun Mesopotamia ialah golongan agama. Kelas pertengahan terdiri daripada pedagang-pedagang, guru, juruwang, ahli nujum, ahli sains, ahli silap mata, petani dan tukang. Kelas yang paling bawah merupakan kelas hamba abdi.

Dalam tamadun Mesopotamia sistem raja berbentuk teokrasi. Dalam sistem ini, raja dianggap tuhan atau wakil tuhan dan pemilik negara kota. Raja bertindak sebagai ketua pentadbir, ketua agama, dan ketua pendeta. Walaupun raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan tetapi mereka tidak menyembah raja kecuali pada era pemerintahan Raja Naramsin (2291-225 S.M.) di kota Akkad.
Tamadun Mesopotamia juga mempunyai kepelbagaian kegiatan ekonomi dan setiap rakyat memiliki pengkhususan kerja. Ada yang menjadi petani, peniaga, pedagang, dan artisan. Selain itu, terdapat juga rakyat yang menjadi pengusaha tekstil, pembuat barangan tembikar, dan membuat alatan keperluan harian seperti pisau, sudu, dan sebagainya.

Sumbangan Tamadun Mesopotamia
Penciptaan Kod Undang-undang Hammurabi yang digubal oleh Raja Hammurabi, Raja Babylon. Mengandungi 282 undang-undang. Dipahat pada tiang-tiang besar dan tembok kota agar rakyat dapat mengetahuinya. Undang-undang ini berteraskan hak rakyat dan keadilan. Dalam Kod Undang-undang menegaskan bahawa denda dan hukuman mesti setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Kod Undang-undang Hammurabi menjadi teras kepada perundangan tamadun Mesopotamia dan membantu perkembangan peradaban Mesopotamia.
Kod undang-undang ini berjaya mewujudkan keadilan dan perpaduan dalam kalangan rakyat. Penciptaan sistem tulisan berjaya mengembangkan sistem pendidikan dan perkembangan ilmu pengetahuan. Malah melahirkan jurutulis yang memudahkan urusan pentadbiran dan perniagaan kerana segala urusan dapat direkodkan. Ia juga berjaya melahirkan dan mengembangkan tradisi kesusasteraan yang terkenal dalam tamadun Mesopotamia iaitu epik Gilgamesh. Kod undang-undang ini diakui sebagai epik tertua di dunia.

Kod undang-undang berjaya memperkembangkan ilmu astronomi. Kemudian membawa kepada perkembangan ilmu hisab seperti sistem perpuluhan, kaedah tambah, tolak, bahagi dan punca gandaan. Akhirnya membawa kepada perkembangan ilmu geometri. Perkembangan ilmu perubatan khususnya era pemerintahan kerajaan Assyria. Malah berjaya mencipta 500 jenis ubat-ubatan yang dikatalog dan disampelkan. Mencatatkan kaedah panduan penggunaannya kepada pengamal perubatan.

Salah satu kejayaan besar tamadun Mesopotamia ialah penciptaan roda. Bagi memudahkan pengendalian kereta kuda sama ada bagi penggunaan ketenteraan ataupun perdagangan dan perhubungan. Dengan terciptanya roda maka kincir air juga dapat dihasilkan bagi memudahkan penyaluran air dilakukan ke kawasan pertanian.Tamadun ini juga berjaya mencipta kapal layar dan pengangkutan beroda oleh orang Sumeria sejak 3000 S.M. Lantaran itu, jalan darat dan jalan laut dapat dimanfaatkan.


KOD UNDANG-UNDANG HAMMURABI




Ciri-ciri

a) Pembentukan Bandar

•Bandar negara kota ini terbentuk apabila satu perkampungan ini mengalami urbanisasi.
• Pembentukan ini menunjukkan corak kehidupan manusia yang semakin berorganisasi dan berkebijaksanaan. 
•Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok. 
•Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan, dan tempat penyimpanan hasil pertanian. 
•Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan. Bandar-bandar dalam tamadun ini dirancang dengan sebegitu rapi terutama dari sudut susun aturnya yang sistematik. 
•Harappa dan Mohenjo-Daro merupakan bandaraya terancang dan mempunyai struktur yang teratur.Kedua-dua bandaraya terbahagi kepada petak-petak perumahan berdasarkan corak checker-board. 
•Jalan raya utama amat luas dan terbentang dari Utara ke Selatan dan dari Barat ke Timur. Selain jalan raya bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.
•Rumah-rumah dibina dengan batu-bata dan terletak di kedua-dua belah jalan raya.Setiap rumah ini mempunyai bilik mandi, tandas, dapur dan telaga.
•Bandarayanya mempunyai jelapang-jelapang, dewan orang ramai, kedai-kedai, sistem saluran najis di bawah tanah dan citadel yang dibina untuk didiami oleh golongan pemerintah.
•Kubu-kubu telah dibina untuk melindungi bandar-bandar ini daripada serangan musuh.


b)Pemerintahan

•Setiap negara kota ini merupakan satu kerajaan. 
•Ia diperintah oleh pendeta atau paderi dengan kuasa mutlak. 
•Sistem pemerintahannya adalah teratur dan bersistematik.
•Tamadun ini telah mengalami kemerosotan dan terus lenyap kira-kira 1500 SM.

c) Organisasi Sosial

•Tamadun Indus tidak meninggalkan maklumat dan sumber yang jelas tentang organisasi sosialnya. 
•Jumpaan arkeologi telah membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan atasan dan bawahan. Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang. 
•Kelas atasan yang utama ialah pendeta. Walaupun wujud dalam bilangan yang kecil, namun, para pendeta ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan kegiatan keagamaan. 
•Atas dasar keagamaan inilah, golongan bawahan memberikan ketaatan kepada golongan pendeta. Oleh sebab tiada bukti tentang kewujudan raja, maka, sejarawan berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.
•Golongan bawahan pula terdiri daripada petani dan buruh. Golongan petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina ternbok di benteng, dan membina terusan.
•erdapat juga golongan peniaga yang dipercayai menjalankan kegiatan perdagangan dengan bandar di Mesopotamia.

d) Perkembangan Teknologi

•Perkembangan teknologi tamadun ini tidak berapa jelas. 
•Roda telah dicipta dan digunakan sebagai alat pengangkutan dalam tamadun indus

e) Pengkhususan Kerja

•Para pendeta bertanggungjawab mengawal pembinaan bangunan baru, menetapkan piawai timbangan dan ukuran dan mengawal ketat sistem tulisan, bentuk bangunan, pelan jalan dan saiz batu-bata yang digunakan dalam pembinaan.
•Masyarakat di Lembah Indus juga mempunyai pengkhususan pekerjaan yang jelas terutamanya dalam bidang ekonomi. Masyarakat ini telah menjalankan pelbagai kegiatan ekonormi seperti perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan. 
•Golongan petani pula bertanggungjawab menanam tanaman seperti gandum, barli, padi dan kapas dan menternak binatang seperti lembu, biri-biri, kambing, babi dan ayam. 
•Aktiviti perdagangan secara khusus membabitkan perdagangan luar termasuklah dengan Mesopotamia. Hubungan dagang antara kedua-dua tamadun dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia. 
•Antara hasil perdagangan yang penting termasuklah emas, gading gajah, manik, dan hasil pertanian. 
•Petani pula menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan seperti barli, kacang, dan sebagainya. 
•Selain menjadi petani dan pedagang, ada ahli masyarakat yang secara khusus menjadi artisan. Mereka ini terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.

f) Kepercayaan

•Masyarakat Indus mengamalkan kepercayaan animism, penduduknya menyembah binatang, pokok dan batu. Lembu Betina dianggap sebagai binatang suci. 
•Masyarakat Indus juga menyembah Dewa Siva dan Dewi Shakti yang bermuka tiga. Namun demikian, kuil-kuil tidak dibina untuk tuhan-tuhan ini. 
•Antara yang paling penting termasuklah penemuan sebuah patung yang dirujuk sebagai patung proto-Siva. 
•Objek tersebut menunjukkan seseorang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk di kepalanya dan kelilingi oleh empat ekor binatang iaitu gajah, harimau, badak sumbu dan kerbau yang melambangkan Dewa Brahma, Vishnu dan Siva. 
•Kewujudan objek proto-Siva ini menjadi sangat penting terutama dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu kemudiannya. 
•Selain itu, masyarakat dalam tamadun ini juga percaya kepada Tuhan Ibu.
•Perkara ini dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu ini turut berlaku dalam masyarakat yang mendiami Mesopotamia, Asia Kecil, Syria dan Palestin.
•Masyarakat rakyat Indus mengamalkan upacara pengebumian dan pembakaran mayat. Habuk mayat biasanya dibuang ke dalam sungai. 
•Kira-kira pada tahun 1500 SM, orang Aryan menyebarkan agama polytheistic, hasilnya mereka mula menyembah tuhan matahari, langit, petir dan api. Orang Aryan ini sebenarnya menyembah kepada satu tuhan sahaja (monotheistic) dan percaya kepada konsep hidup semula dalam jasad lain.

G)Tulisan :
•Wujudlah tulisan Harappa adalah diketahui daripada inskripsi pada cap mohor tetapi sehingga masa kini skrip itu tidak dapat dinyahkodkan (decipher). 
•Skrip Harappa tidak sema sekali berunsur kesamaan dengan sesuatu skrip kuno di Asia Barat atau lain-lain tempat.  Daripada analisis skrip Harappa, didapati 250 simbol yang terbentuk piktografi yang melambangkan berbagai-bagai benda 
•Skrip itu dibaca mengikut amalan boustrophedon iaitu dibaca dari kanan ke kiri dan kiri ke kanan.
•Diandaikan bahawa simbol-simbol dalam skrip Harappa mewakili nama atau gelaran seorang.

h)Kesenian :

•Kesenian Harappa dapat dikaji dengan merujuk kepada artifak seperti cap mohor, manik-manik, patung-patung, serpihan barang kemas, subang, permainan, bangunan-bangunan dan tembikar.  
•Berbanding dengan Mesopotamia atau Mesir, monumen-monumen yang besar atau seni arca yang mengagumkan tidak wujud di Harappa.  
•Corak kesian tamadun Harappa adalah statik, langsung tidak inovatif dan sama sekali bersifat praktikal dan utilitarian.  
•Sifat-sifat negatif yang disebutkan di atas boleh dibuktikan, misalnya dengan merujuk kepada perancangan dan bentuk struktur bangunan-bangunan Mohenjodaro dan Harappa yang hanya mementingkan tujuan utilitarian saja.