Our Group

Maizan Binti Abdul Ghafar - 121240732
Muharatul Aishah Binti Mat Shafie - 121241354
Noor Farah Izzatie Binti Zainal Azizi - 121241475
Noor Ameera Hanim Binti Mohamad Saufi - 121241466
Nor Hafisha Binti Ab Halim - 121241539
Mohamad Hanafi Bin Zasmin - 121240816
Nur Fatin Binti Majid - 121241729
Siti Nur Ain Binti Mohd Zain @ Hamzah - 121242244
Siti Nor Aishah Binti Mohd Shamsuri - 121242234
Siti Aishah Binti Abdul Manan - 121242181

Sunday, 28 April 2013

TAMADUN MELAYU

Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju
Islam adalah agama universal yang datang dari Allah SWT untuk semua manusia. Ia memberi sinar kepada manusia dalam mencorakkan tamadun ke arah kesempurnaan berdasarkan panduan wahyu Ilahi, di samping tidak mengetepikan peranan akal manusia. Sinar Islam turut dirasai oleh penduduk di rantau Alam Melayu apabila bermula usaha menyebarkan Islam. Usaha ini membuahkan hasil yang dapat disaksikan hingga hari ini kerana tugas penyebaran Islam dipertanggungjawabkan kepada setiap umat Islam, tanpa mengira bangsa, warna kulit, keturunan dan jawatan. Justeru itu, kini umat Islam berada di serata dunia dan terdiri dari pelbagai bangsa dan warna kulit.
Keberadaan Islam di rantau Alam Melayu yang terdiri dari daratan dan kepulauan yang banyak jumlahnya telah berjaya membina satu imej baru kepada masyarakat rantau Melayu. Alam Melayu berjaya menampilkan sebuah tamadun yang gemilang terutama setelah kedatangan Islam ke rantau ini. Umat Melayu berjaya membina kecemerlangan dan kegemilangan dalam pelbagai bidang yang dimulai dengan keagungan pemerintahan, pelaksanaan undang-undang, kesungguhan pendidikan, kerancakan ekonomi dan kemurnian budaya serta sosial. Kejayaan ini berjaya dibina oleh generasi awal berasaskan fahaman agama Islam yang berteras tauhid. Bukti kejayaan tamadun dihuraikan pada perincian bab ini. Walaupun kejayaan yang dibina berdasarkan pencapaian dan kepintaran zaman tersebut yang banyak bergantung kepada bahan alam yang tidak terlalu kompleks teknologi penciptaannya, masyarakat Melayu tetap bergerak aktif dan mampu berinteraksi dan bersaing dengan bangsa Asia lain seperti bangsa Cina dan India. Umat Melayu mampu membina satu jati diri bangsa yang disegani dan menjadi contoh teladan





Pada asalnya, tamadun Melayu boleh dijejaki sejak zaman Paleolitk lagi iaitu Zaman Batu Awal kira-kira 35,000 tahun dahulu, diikuti dengan zaman Meseolitik ataupun zaman Batu Tengah kira-kira 11,000 tahun dahulu, Zaman Neolitik ataupun zaman Batu Baru kira-kira 5,000 tahun dahulu, dan Zaman Logam iaitu Zaman Gangsa-Besi kira-kira 2,500 tahun dahulu



Pada asalnya, tamadun Melayu boleh dijejaki sejak zaman Paleolitk lagi iaitu Zaman Batu Awal kira-kira 35,000 tahun dahulu, diikuti dengan zaman Meseolitik ataupun zaman Batu Tengah kira-kira 11,000 tahun dahulu, Zaman Neolitik ataupun zaman Batu Baru kira-kira 5,000 tahun dahulu, dan Zaman Logam iaitu Zaman Gangsa-Besi kira-kira 2,500 tahun dahulu.

Tamadun Melayu telah mengalami proses perkembangan yang lama dan melalui beberapa manifestasi yang berbeza. Manifestasi ini penting dalam pembentukan Tamadun Melayu. Penerimaan agama Islam sebagai asas Tamadun Melayu merupakan perkembangan yang paling penting dan membentuk sebuah Tamadun Melayu Islam yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Tamadun Melayu terdiri daripada sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu kepada suatu Wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu(Malay Archipelago), Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi. Dua perkara penting yang mewarnai Tamadun wilayah ini ialah Bahasa Melayu yang menjadi bahasa perhubungan luas(Ligua franca) di seluruh kawasan ini, dan agama Islam yang menjadi pelengkap kepada pembentukan Tamadun Melayu.





Istilah Melayu boleh merujuk kepada tiga perkara yang berbeza, iaitu ras(genetik), kebudayaan dan bahasa. Istilah ras Melayu merujuk kepada kumpulan orang Melayu yang boleh diasingkan daripada kumpulan lain dari segi ciri-ciri fizikal luaran dan kebudayaannya. Kebudayaan pula merujuk kepada ilmu pengetahuan sesuatu kumpulan manusia yang diwarisi dan diturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Ilmu pengetahuan ini berfungsi seolah-olah seperti satu sistem pengoperasian manusia oleh sebab ianya memberitahu manusia bagaimana untuk berfungsi dengan manusia lain, alam sekitar dan kuasa-kuasa ghaib. Bahasa adalah sistem percakapan yang digunakan untuk berhubung dengan penutur-penutur bahasa yang sama. Ras Melayu(atau rumpun Melayu) selalunya bertutur dalam kumpulan keluarga bahasa Melayu-Indonesia yang mengelompokkan bersama-samanya sub-keluarga bahasa-bahasa Melayu, Jawa Melayu, Sunda, Madura, Acheh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis, dan Sulu.





Sains, kesenian dan teknologi yang dihasikan oleh Tamadun Melayu adalah sesuatu yang unik dan mencerminkan keperluan-keperluan serta nilai-nilai kebudayaan Melayu. Tamadun Melayu menghasilkan satu sistem sains tepat yang tersendiri berdasarkan kepada keperluan-keperluan kebudayaan Melayu. Sebagai contohnya pengukuran jarak(seperti sejengkal, sedepar, hastar dan rantai) dan timbangan(seperti cupak, gantang, dan koyan)adalah berbeza daripada sistem-sistem penekatan lain dan berkaitan rapat dengan keperluan serta pengalaman masyarakat Melayu. Pelbagai bentuk kesenian telah dihasilkan dalam Tamadun Melayu, seperti seni persembahan(Tarian Melayu dan Mak Yong), artifak(songket dan bursana), Syair perbahasa dan pantun. Ilmu-ilmu teknologi yang dihasilkan oleh Tamadun Melayu menunjukkan kebijaksanaan tempatan. Sebahagian daripada ilmu-ilmu ini boleh dilihat daripada pembinaan(Istana, Masjid, dan rumah) dan pembuatan barang-barang keperluan harian(seperti keris dan songket).

Secara umumnya nilai-nilai yang menjadi asas kepada Tamadun Melayu berteraskan kepada nilai-nilai agama Islam. Kesemua nilai-nilai tersebut berkait rapat dengan konsep Iman yang terdapat dalam agama Islam seperti saling hormat-menghormati orang lain, bertimbang rasa, bersopan santun, dan berbudi pekerti. Nilai-nilai asa ini boleh dilihat dalam ungkapan-ungkapan Melayu seperti peribahasa, perumpamaan dan perpatah-perpatih.

Friday, 26 April 2013

TAMADUN CHINA ( Hwang Ho )

LATAR BELAKANG TAMADUN
      Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M.
     Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbantuk sebuah empayar. Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. Zaman empayar merupakan zaman jajahan takluknya yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.

PENINGKATAN TAMADUN
      Secara umumnya, peningkatan tamadun merujuk pada kemampuan manusia menggunakan pemikiran mereka mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam persekitaran untuk membentuk kehidupan yang lebih maju dan kompleks. Peningkatan itu berkait secara langsung dengan kemahiran menghasilkan idea-idea baru dalam memajukan dan meningkatkan cara hidup. Kemajuan tamadun dapat diukur melalui pencapaian menusia dalam tiga aspek utama, iaitu Peningkatan Politik, Peningkatan Ekonomi dan Peningkatan Sosial.

Ø  PENINGKATAN POLITIK
Pemerintahan dan Pentadbiran
Dalam tamadun China perluasan kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk sistem feudal kepada pemerintahan telah melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin dari tahun 221-206 S.M.. Pada masa ini, konsep raja telah bertukar kepada maharaja. Pemerintahan oleh maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pentadbiran atau birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja. Mereka yang dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan tersebut dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam, iaitu Hon Kao Tsu. Pelantikan pegawai-pegawai ini diasaskan pada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam. Sistem ini diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain. Tokoh penting yang memainkan peranan dalam hal ini ialah Shi Huang Ti. 

Perundangan 
Han Fei Tzu
Dalam tamadun China, sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama, iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif. Teras undang-undang ini adalah daripada falsafah legalisme. Undang-undang ini telah digubalkan dan diperkenalkan oleh ahli falsafah yang bernama Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin. Mengikut falsafah tersebut, undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia. Dalam menjalankan undang-undang tidak harus wujud rasa belas kasihan. Undang-undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa jua keadaan. Ini adalah perlu untuk membendung tidakan liar manusia, dan dengan sebab itu raja mestilah memiliki kuasa yang utuh. Undang-undang yang berasaskan falsafah ini bertentangan dengan undang-undang yang berteraskan ajaran Confucius yang diamalkan pada zaman selapasnya, iaitu Zaman Dinasti Han dari tahun 206 S.M..-8S.M. Ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga ke harmonian manusia serta masyarakat.
  
Perluasan Kuasa  Shih Huang Ti
Dalam Tamadun China, perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin, iaitu di bawah pemerintahan Shih Huang Ti yang telah berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China. Shih Huang Ti memerintah secara autokratik, iaitu tegas dan mutlak. Beliau juga telah menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir. Bagi mempertahankan empayar China daripada serangan orang gasar, beliau telah mengarahkan pembinaan Tembok Besar China.
    Kejatuhan Dinasti Chin telah diganti dengan kemunculan Dinasti Han. Pada zaman Dinasti Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang juga digelar sebagai Maharaja Tentera telah berjaya memperluas kawasan takluknya melalui angkatan tenteranya yang besar dan kuat. Antara kawasan yang berjaya ditaklukinya termasuklah Sinkiang, Lembah Tarim dan Tutor di utara, Yang Tze, Kwangsi, dan Kwang Tung di selatan. pada zamannya, pengaruh China telah tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan dan kemakmuran negeri China telah berjaya diwujudkan.

Ø  PENINGKATAN EKONOMI
     Dalam bidang pertanian, sejak Zaman Dinasti Han lagi, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas tanaman, kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan kereta sorong beroda, selain penyisir tanah. Pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming, dan Ching, perkembangan terus meningkat dalam penciptaan alat kegunaan pertanian. Sistem penenaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah. Kawasan bukit telah ditereskan untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang. Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal. Kawalan terhadap banjir juga telah diambil berat dengan menggunakan terusan yang dibina.
     Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han lagi. Hasil perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di luar China dan Barat. Hasil ini mula-mula dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudian melalui Jalan Laut mulai Dinasti Tang. Buktinya terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan-kawasan tersebut. Selain itu, barangan logam juga telah didagangkan.
    Hasil perusahaan China itu bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan di negeri China sendiri. Di negeri China, muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar. Perkembangan ekonomi yang pesat dicetuskan oleh perkembangan dalam sisitem perhubungan, iaitu pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.
  
Ø  PENINGKATAN SOSIAL
Dalam tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan, dan kesusasteraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu peedidikan rendah, menengah dan tinggi. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan bertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembillan buah buku suci tanpa memahami maknanya. Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera, dan pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci.
    Pendidikan di China lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen, dan tahap ketiga Chin Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini. Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap atau ijazah pertama yang berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah ketiga pula layak menjadi pendiik. Peperiksaan awam tahap ketiga, diadakan tiga tahun sekali. Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia. 

SUMBANGAN TAMADUN
      Teknologi pembinaan seperti yang digunakan dalam pembinaan Tembok Besar China merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan juga sumber contoh seni bina. Tamadun China juga mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar.
                                                      
Mercun
    Semasa Dinasti Tang, mercun talah diciptakan. Pada mulanya, mercun ini digunakan untuk meraikan sesuatu perayaan sahaja. Kemudiannya, mercun digunakan secara meluas untuk peperangan.
                                                       
Kompas
     Kompas yang pertama juga dicipta oleh penduduk China. Sebernanya, tujuan utama penciptaan tersebut adalah untuk keagamaan sahaja. Kompas itu diperbuat daripada kayu dan sebatang sudu magnet.
    Setiap tamadun juga meninggalkan hasil sastera yang masih dibaca dan dujadikan rujukan hingga ke hari ini. Tamadun China juga tidak dikecualikan. Tamdun China meninggalkan rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia, kisah perjalanan dan matlumat geografi yang dapat digunakan sebagai sumber sejarah.
                                                     
Confuicius
     Selain itu, tamadun China juga merupakan tempat kemunculan ajaran utama di dunia, iaitu Confucianisme dan Taoisme. Ajaran Confunisme diasaskan oleh Confucius yang lahir pada sekitar 551 S.M. di negeri Lu (di Shantung). Beliau pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu. Namun demikian, beliau telah meletakkan jawatan dan telah mengembara untuk menyebarkan ideanya kepada penduduk China. Masyrakat China telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan dan tokoh Conficius telah disembah sebagai salah satu dewa penting dalam masyarakat China. Secara umumnya ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perkemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseprang itu haruslah mendapat pendidikan. Prinsip moral ini juga harus dipertegaskan kepada semua lapisan mayarakat.
                             
                                                    
Lao Tze                                                                       

      Salah satu lagi ajaran yang penting dalam tamadun China ialah Taoisme. Ajaran ini muncul agak lewat berbanding dengan ajaran Confuicianisme. Pengasas kepada ajaran ini ialah Lao Tze. Beliau lahir di negeri Chu pada sekitar tahun 604 S.M.. Beliau juga pernah bekerja di negeri Chou. Seperti Confucius, Lao Tze juga telah mengembara ke luar untuk menyebar pengaruhnya. Beliau telah menghasilkan buku yang bertajuk "Tao Te Ching" yang mengandungi idea falsafah Taoisme. Taoisme ini pada asalnya berbentuk falsafah tetapi kemudiannya menjadi ajaran berbentuk agama. Dasar ajaran ini lebih menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan. Setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao. Oleh sebab itu manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlku. Keadaan ini dirujuk oleh Tao sebagai tidak mengambil sebarang tindakan atau wu-wei. Jika manusia bertindak, maka, perkara ini adalah bertentangan dengan prinsip wu-wei dan akan merosakkan dunia. Oleh sebab itu Lao Tze tidak mnyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan.






Thursday, 25 April 2013

TAMADUN MESOPOTAMIA

Tamadun Mesopotamia diasaskan oleh orang Sumeria sekitar tahun 3500 SM hingga 2000 SM di lembah Sungai Tigris dan Euphrates (di negara Iraq sekarang). Tamadun ini merupakan tamadun tertua di dunia dan juga dikenali sebagai Tamadun Simeria. Nama Mesopotamia  berasal dari perkataan Yunani yang membawa maksud tanah di antara dua sungai.


Jangka Waktu

Bermula dengan perkembangan zaman Neolitik antara tahun 7000-5000 S.M. Wilayah Mesopotamia berkembang menjadi sebuah tamadun awal dunia. Kerajaan awalnya ialah kerajaan Sumeria sekitar tahun 3500 S.M. Manakala kerajaan yang terakhirnya ialah kerajaan Chaldea, tumbang pada tahun 539 S.M.

Tamadun Mesopotamia merangkumi tujuh zaman pemerintahan yang silih berganti iaitu:



Proses Pembentukan

Tamadun Mesopotamia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu utara dan selatan bandar Baghdad. Bahagian utara Baghdad merangkumi kawasan Sungai Tigris sehingga ke kawasan Sungai Zab (Assyria). Bahagian selatan Baghdad pula merangkumi kawasan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Juga dikenali sebagai kawasan Babylon.Babylon pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu Akkad di utara dan Sumeria di selatan.  Penduduk menjalankan kegiatan pertanian seperti menebus guna tanah dan membina sistem pengairan bagi memastikan kegiatan pertanian mereka mendapat pengairan yang baik. Usaha ini berjaya menghasilkan lebihan hasil pertanian dan menyebabkan pertambahan penduduk. Lama kelamaan kawasan ini berkembang dan mewujudkan  kewujudan bandar  dan seterusnya menjadi kota seperti Ur, Uruk, Kish, Nippur, Lagash, Eridu, Mari dan Ussur yang terletak di sepanjang sungai dan terusan. 


Ciri- ciri Tamadun Mesopotamia


Tamadun Mesopotamia memiliki pembangunan fizikal yang tersendiri. Setiap negara kota mempunyai pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan. Ia juga memiliki kubu atau tembok pertahanan dengan pintu gerbang yang pelbagai. Kepelbagaian ini melambangkan kemahsyuran dan keagungan negara kota tersebut.
Dalam kota pula terdapat istana, rumah kediaman rakyat, rumah kedai, rumah ibadat, dan pasar. Kesemuanya berkedudukan sejajar dan lurus. Di pusat kota ini juga terdapat rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat pada setiap masa. Setiap negara kota juga mempunyai unit politik dan sistem kepercayaan yang tersendiri. Ia juga memiliki sistem pengangkutan seperti kapal, pedati dan keldai. Di sekitar kota mempunyai mempunyai kawasan tanah pamah bagi memudahkan kegiatan pertanian. Manakala jalan laut berhubung terus ke pelabuhan.


 TAMAN TERGANTUNG BABYLON





UKIRAN BESI RAJA NARAMSIN
Masyarakat Mesopotamia terbahagi kepada 3 kelas. Kelas yang tertinggi dikenali sebagai amelu atau kanun bangsawan. Kelas kedua ialah mushkinu (kelas pertengahan) dan yang di bawah sekali ialah hamba abdi. Kelas atasan terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, golongan agama (pendeta, paderi atau rahib) dan tentera. Golongan yang paling berkuasa dalam tamadun Mesopotamia ialah golongan agama. Kelas pertengahan terdiri daripada pedagang-pedagang, guru, juruwang, ahli nujum, ahli sains, ahli silap mata, petani dan tukang. Kelas yang paling bawah merupakan kelas hamba abdi.

Dalam tamadun Mesopotamia sistem raja berbentuk teokrasi. Dalam sistem ini, raja dianggap tuhan atau wakil tuhan dan pemilik negara kota. Raja bertindak sebagai ketua pentadbir, ketua agama, dan ketua pendeta. Walaupun raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan tetapi mereka tidak menyembah raja kecuali pada era pemerintahan Raja Naramsin (2291-225 S.M.) di kota Akkad.
Tamadun Mesopotamia juga mempunyai kepelbagaian kegiatan ekonomi dan setiap rakyat memiliki pengkhususan kerja. Ada yang menjadi petani, peniaga, pedagang, dan artisan. Selain itu, terdapat juga rakyat yang menjadi pengusaha tekstil, pembuat barangan tembikar, dan membuat alatan keperluan harian seperti pisau, sudu, dan sebagainya.

Sumbangan Tamadun Mesopotamia
Penciptaan Kod Undang-undang Hammurabi yang digubal oleh Raja Hammurabi, Raja Babylon. Mengandungi 282 undang-undang. Dipahat pada tiang-tiang besar dan tembok kota agar rakyat dapat mengetahuinya. Undang-undang ini berteraskan hak rakyat dan keadilan. Dalam Kod Undang-undang menegaskan bahawa denda dan hukuman mesti setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Kod Undang-undang Hammurabi menjadi teras kepada perundangan tamadun Mesopotamia dan membantu perkembangan peradaban Mesopotamia.
Kod undang-undang ini berjaya mewujudkan keadilan dan perpaduan dalam kalangan rakyat. Penciptaan sistem tulisan berjaya mengembangkan sistem pendidikan dan perkembangan ilmu pengetahuan. Malah melahirkan jurutulis yang memudahkan urusan pentadbiran dan perniagaan kerana segala urusan dapat direkodkan. Ia juga berjaya melahirkan dan mengembangkan tradisi kesusasteraan yang terkenal dalam tamadun Mesopotamia iaitu epik Gilgamesh. Kod undang-undang ini diakui sebagai epik tertua di dunia.

Kod undang-undang berjaya memperkembangkan ilmu astronomi. Kemudian membawa kepada perkembangan ilmu hisab seperti sistem perpuluhan, kaedah tambah, tolak, bahagi dan punca gandaan. Akhirnya membawa kepada perkembangan ilmu geometri. Perkembangan ilmu perubatan khususnya era pemerintahan kerajaan Assyria. Malah berjaya mencipta 500 jenis ubat-ubatan yang dikatalog dan disampelkan. Mencatatkan kaedah panduan penggunaannya kepada pengamal perubatan.

Salah satu kejayaan besar tamadun Mesopotamia ialah penciptaan roda. Bagi memudahkan pengendalian kereta kuda sama ada bagi penggunaan ketenteraan ataupun perdagangan dan perhubungan. Dengan terciptanya roda maka kincir air juga dapat dihasilkan bagi memudahkan penyaluran air dilakukan ke kawasan pertanian.Tamadun ini juga berjaya mencipta kapal layar dan pengangkutan beroda oleh orang Sumeria sejak 3000 S.M. Lantaran itu, jalan darat dan jalan laut dapat dimanfaatkan.


KOD UNDANG-UNDANG HAMMURABI




Ciri-ciri

a) Pembentukan Bandar

•Bandar negara kota ini terbentuk apabila satu perkampungan ini mengalami urbanisasi.
• Pembentukan ini menunjukkan corak kehidupan manusia yang semakin berorganisasi dan berkebijaksanaan. 
•Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok. 
•Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan, dan tempat penyimpanan hasil pertanian. 
•Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan. Bandar-bandar dalam tamadun ini dirancang dengan sebegitu rapi terutama dari sudut susun aturnya yang sistematik. 
•Harappa dan Mohenjo-Daro merupakan bandaraya terancang dan mempunyai struktur yang teratur.Kedua-dua bandaraya terbahagi kepada petak-petak perumahan berdasarkan corak checker-board. 
•Jalan raya utama amat luas dan terbentang dari Utara ke Selatan dan dari Barat ke Timur. Selain jalan raya bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.
•Rumah-rumah dibina dengan batu-bata dan terletak di kedua-dua belah jalan raya.Setiap rumah ini mempunyai bilik mandi, tandas, dapur dan telaga.
•Bandarayanya mempunyai jelapang-jelapang, dewan orang ramai, kedai-kedai, sistem saluran najis di bawah tanah dan citadel yang dibina untuk didiami oleh golongan pemerintah.
•Kubu-kubu telah dibina untuk melindungi bandar-bandar ini daripada serangan musuh.


b)Pemerintahan

•Setiap negara kota ini merupakan satu kerajaan. 
•Ia diperintah oleh pendeta atau paderi dengan kuasa mutlak. 
•Sistem pemerintahannya adalah teratur dan bersistematik.
•Tamadun ini telah mengalami kemerosotan dan terus lenyap kira-kira 1500 SM.

c) Organisasi Sosial

•Tamadun Indus tidak meninggalkan maklumat dan sumber yang jelas tentang organisasi sosialnya. 
•Jumpaan arkeologi telah membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan atasan dan bawahan. Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang. 
•Kelas atasan yang utama ialah pendeta. Walaupun wujud dalam bilangan yang kecil, namun, para pendeta ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan kegiatan keagamaan. 
•Atas dasar keagamaan inilah, golongan bawahan memberikan ketaatan kepada golongan pendeta. Oleh sebab tiada bukti tentang kewujudan raja, maka, sejarawan berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.
•Golongan bawahan pula terdiri daripada petani dan buruh. Golongan petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina ternbok di benteng, dan membina terusan.
•erdapat juga golongan peniaga yang dipercayai menjalankan kegiatan perdagangan dengan bandar di Mesopotamia.

d) Perkembangan Teknologi

•Perkembangan teknologi tamadun ini tidak berapa jelas. 
•Roda telah dicipta dan digunakan sebagai alat pengangkutan dalam tamadun indus

e) Pengkhususan Kerja

•Para pendeta bertanggungjawab mengawal pembinaan bangunan baru, menetapkan piawai timbangan dan ukuran dan mengawal ketat sistem tulisan, bentuk bangunan, pelan jalan dan saiz batu-bata yang digunakan dalam pembinaan.
•Masyarakat di Lembah Indus juga mempunyai pengkhususan pekerjaan yang jelas terutamanya dalam bidang ekonomi. Masyarakat ini telah menjalankan pelbagai kegiatan ekonormi seperti perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan. 
•Golongan petani pula bertanggungjawab menanam tanaman seperti gandum, barli, padi dan kapas dan menternak binatang seperti lembu, biri-biri, kambing, babi dan ayam. 
•Aktiviti perdagangan secara khusus membabitkan perdagangan luar termasuklah dengan Mesopotamia. Hubungan dagang antara kedua-dua tamadun dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia. 
•Antara hasil perdagangan yang penting termasuklah emas, gading gajah, manik, dan hasil pertanian. 
•Petani pula menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan seperti barli, kacang, dan sebagainya. 
•Selain menjadi petani dan pedagang, ada ahli masyarakat yang secara khusus menjadi artisan. Mereka ini terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.

f) Kepercayaan

•Masyarakat Indus mengamalkan kepercayaan animism, penduduknya menyembah binatang, pokok dan batu. Lembu Betina dianggap sebagai binatang suci. 
•Masyarakat Indus juga menyembah Dewa Siva dan Dewi Shakti yang bermuka tiga. Namun demikian, kuil-kuil tidak dibina untuk tuhan-tuhan ini. 
•Antara yang paling penting termasuklah penemuan sebuah patung yang dirujuk sebagai patung proto-Siva. 
•Objek tersebut menunjukkan seseorang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk di kepalanya dan kelilingi oleh empat ekor binatang iaitu gajah, harimau, badak sumbu dan kerbau yang melambangkan Dewa Brahma, Vishnu dan Siva. 
•Kewujudan objek proto-Siva ini menjadi sangat penting terutama dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu kemudiannya. 
•Selain itu, masyarakat dalam tamadun ini juga percaya kepada Tuhan Ibu.
•Perkara ini dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu ini turut berlaku dalam masyarakat yang mendiami Mesopotamia, Asia Kecil, Syria dan Palestin.
•Masyarakat rakyat Indus mengamalkan upacara pengebumian dan pembakaran mayat. Habuk mayat biasanya dibuang ke dalam sungai. 
•Kira-kira pada tahun 1500 SM, orang Aryan menyebarkan agama polytheistic, hasilnya mereka mula menyembah tuhan matahari, langit, petir dan api. Orang Aryan ini sebenarnya menyembah kepada satu tuhan sahaja (monotheistic) dan percaya kepada konsep hidup semula dalam jasad lain.

G)Tulisan :
•Wujudlah tulisan Harappa adalah diketahui daripada inskripsi pada cap mohor tetapi sehingga masa kini skrip itu tidak dapat dinyahkodkan (decipher). 
•Skrip Harappa tidak sema sekali berunsur kesamaan dengan sesuatu skrip kuno di Asia Barat atau lain-lain tempat.  Daripada analisis skrip Harappa, didapati 250 simbol yang terbentuk piktografi yang melambangkan berbagai-bagai benda 
•Skrip itu dibaca mengikut amalan boustrophedon iaitu dibaca dari kanan ke kiri dan kiri ke kanan.
•Diandaikan bahawa simbol-simbol dalam skrip Harappa mewakili nama atau gelaran seorang.

h)Kesenian :

•Kesenian Harappa dapat dikaji dengan merujuk kepada artifak seperti cap mohor, manik-manik, patung-patung, serpihan barang kemas, subang, permainan, bangunan-bangunan dan tembikar.  
•Berbanding dengan Mesopotamia atau Mesir, monumen-monumen yang besar atau seni arca yang mengagumkan tidak wujud di Harappa.  
•Corak kesian tamadun Harappa adalah statik, langsung tidak inovatif dan sama sekali bersifat praktikal dan utilitarian.  
•Sifat-sifat negatif yang disebutkan di atas boleh dibuktikan, misalnya dengan merujuk kepada perancangan dan bentuk struktur bangunan-bangunan Mohenjodaro dan Harappa yang hanya mementingkan tujuan utilitarian saja.